CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

8/10/10

Ramadan datang lagi

Esok insyallah bermulalah puasa Ramadan bagi umat islam di negara kita.Hari ini di sekolahku dijemput seorang penceramah untuk memberi ceramah.Tajuk ceramah itu ialah 'Di Ambang Ramadan'.Ustaz tersebut tlah memberikan beberapa kisah tauladan serta apa persediaan kita utk menghadapi Ramadan.


Persediaan Ramadan yg pertama ialah perlunya Taubat Nasuha iaitu proses penyucian hati dan jiwa.Sebabnya krn hati dan jiwa akan suci bersih serta dapat melihat Ramadan yg mulia.Bayangkan mengapa ada antara kita yg gelisah apabila datangnya Ramadan?Golongan ini gelisah krn hati mereka kotor akibat dicemari oleh dosa2 besar seperti minum arak dan melakukan maksiat.


Syarat Taubat Nasuha:

1:Dgn ilmu -perasaan ingin tahu sama ada perkara yg dilakukan betul atau salah
2:Penyesalan-mengetahui akibat akhirat
3:Bertindak -tidak melakukan dosa itu lagi.


Yang kedua ialah kemuliaan Ramadan.Ramadan merupakan bulan yg dipenuhi dengan kemuliaan dan keberkatan serta terdapatnya malam Lailatul Qadar yang mana malam tersebut Allah akan mengampunkan dosanya serta menunaikan hajatnya jika beribadat kepada Allah.


Persediaan yang ketiga ialah kesihatan.Kita perlu menjaga kesihatan mental dan fizikal untuk menghadapi Ramadan yakni bulan untuk beramal.


Ketiga -tiga persediaan itu akan menjadikan hati kita seronok apabila beribadat nanti.Janganlah kita jadikan puasa kita puasa yg 'kosong'.


Contoh yang menjadikan puasa kita kosong:

1:cakap kosong
2:mengumpat dan mencela
3:adu domba
4:sumpah dusta
5:melihat sesuatu dgn syahwat.


nota pengarang:Selamat menyambut Ramadan al Mubarak.Selamat beribadat.Selamat manuju kejayaan.

No comments:

Post a Comment